Wednesday 15 October 2014

CERPEN : KASIH SAYANG SEORANG IBU

CERPEN : KASIH SAYANG SEORANG IBU

   Di hulu Desa, tinggal sebuah keluarga yang bahagia dan menjalani kehidupan serba mewah. Saat kehadiran keluarga itu penduduk kampung mula bercerita pasal keluarga itu. Maklum lah, Si Isteri berlagak sombong dengan penduduk kampung. Sebab itu keluarga Ali menjadi perbualan kampung. Ali yang dalam lingkungan 50an sangat peramah tidak seperti isteri dan anaknya.

   Suatu hari, keluarga nya ditimpa musibah. Mina, isteri kepada Ali telah mengangkat telefon yang berdering. Kedengaran suara pembantu peribadi suaminya dalam nada cemas. Mina terus menanyakan apa telah berlaku dan lelaki itu dengan berat hati terus memberitahu suaminya terlibat dalam kemalangan jalan raya. Dalam keadaan tidak ingin mempercayai dia cuba bangun untuk melihat suaminya di Hospital. Pada saat kedatangan nya, Ali telah menghembuskan nafas yang terakhir. Mina rasa sungguh terkilan kerana tidak berada dipangkuan suaminya semasa hembusan terakhir.

   Semenjak dihari kejadian, hidup Mina seharian telah berubah menjadi hambar dan suram. Anak nya, Iskandar telah bermacam cara memujuknya untuk kuatkan semangat. Dalam keadaan tegang begitu, datang peguam syarikat milik suaminya. Tujuan peguam itu datang ingin membicarakan hal yang berkaitan. Setelah selesai berbicara Mina mendapat tahu syarikat suaminya telah muflis setahun lalu. Dengan tidak dapat berkata apa-apa Mina terus terdiam dan menangis sahaja mampu saat itu. Iskandar tidak dapat  apa yang berlaku juga.

   Selang beberapa bulan duit tinggalan suaminya semakin sedikit. Mina terpaksa bangkit dan kuatkan semangat demi menyara kehidupannya serta anaknya selepas bergelar ibu tunggal. Setelah difikirkan, Mina mengambil keputusan untuk bekerja di kedai runcit Pak Samad yang tidak jauh dari tempat tinggalnya. Sepanjang bekerja disitu Mina terpaksa mendengar kutukan dan tomahan orang kampung nya. Tetapi sekarang, dia terpaksa kuatkan kudrat demi anaknya.

   Namun begitu, Iskandar tidak dapat menerima apa yang telah berlaku. Dia malu dengan kawan kawan disekolah mengejeknya ‘budak miskin’. Balik dia telah memarahi ibunya sampai berderai airmata ibunya. Selepas berlaku pertengkaran, Iskandar meninggalkan rumah itu. Malam itu, Mina menangis tidak henti kerana takut akan kehilangan orang yang dia sayang. Namun begitu, Iskandar selamat tumpang dirumah kawan nya.

   Mina hanya mampu pantau nya dari jauh. Sepanjang menumpang di rumah kawan nya Iskandar telah terpengaruh dengan pengambilan dadah dan menjadi pengedar untuk mendapatkan duit lebih. Mina mendapat tahu hal tersebut dari buah mulut orang kampung. Dia sangat malu dan tidak tahu hendak berkata apa selain berdiam diri dan senyum.

   Iskandar telah dikenakan tindakan disiplin dan dibuang sekolah kerana terlibat dengan dadah. Sejak pemergian bapa nya, Iskandar semakin teruk kerana tidak dapat menerima qada dan qadar. Ibu nya hanya mampu mendoakan supaya dia mendapat kembali anak nya. Suatu hari, sedang Mina solat kedengaran pintu rumah terbuka. Mina bergegas bangun untuk melihat siapa  ternyata anaknya, Iskandar. Dengan keadaan tidak terurus Mina memeluk erat anak nya tetapi Iskandar sungguh kasar dengan ibunya. Dalam keadaan dingin itu Iskandar minta duit pada ibunya, lalu ibunya telah memberi semua duit nya pada Iskandar. Bagi Iskandar duit itu tidak mencukupi. Dia meninginkan rantai dan gelang emas peninggalan ayahnya. Tanpa berlengah dia terus meragut rantai dan gelang itu pada ibu nya. Mina terjatuh dan kepalanya terhantuk di kerusi.

   Ternyata semasa terjatuh dan terhantuk Mina telah menghembuskan nafas terakhirnya. Keesokan harinya, penduduk kampung memberitahu Iskandar ibunya telah meninggal dunia semalam. Iskandar terdiam tidak terkata dan terus mengalirkan airmata penyesalan tanpa mengeluarkan suara dia menangis. Tetapi, nasi sudah menjadi bubur. Dia bergegas pergi ke kubur ibunya dan tidak henti henti mengeluarkan kata-kata maaf.

   Kesimpulannya, sayangi ibubapa kita walaupun kita dihina seteruk mana kerana mereka. Kasih sayang mereka tiada tolok bandingnya. Jangan sudah terhantuk baru nak tengadah, itu semua sia-sia. Selain itu, jangan bersikap sombong sesama  manusia. Kerana kita tidak selalu berada diatas. Kehidupan sentiasa berputar. Sayangi ibubapa seperti mana anda sayang nyawa anda.



No comments:

Post a Comment