Wednesday 15 October 2014

KARANGAN : BAHAYA DADAH

 PENGENALAN
   Dewasa ini, gejala penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat negara kita semakin serius dan tidak dapat dibendung lagi. Hal ini demikian kerana, dadah yang pada asalnya menjadi ubat penahan sakit sebenarnya tidak berbahaya jika tidak disalahgunakan. Masalah ini timbul apabila manusia menyalahgunakannya untuk kepuasan dan keseronakan diri sendiri. Dadah dapat didefinisikan sebagai sejenis bahan kimia, sama ada asli atau tiruan, apabila dimasukkan ke dalam tubuh secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.
Dadah dapat dibahagikan kepada beberapa jenis, antaranya ialah: 

1.Halusinogen
Contoh: ketamin, halluceno, lysergic acid, phenlyclidine.

2. Depresen 
Contoh: methaqualone,tranquliser dan rahypnol

3. Kanabis 
Contoh: ganja,hanish dan mar
 
4.Psikotrapit
Contoh: syabu, ice, batu Kristal, kaca diamond dan ecstacy
 
5. Stimulant
Contoh: daun koka, paste koka, kokain freebase dan crack kokain

6. Opiat
Contoh:candu,morfin dan heroin
 

FAKTOR-FAKTOR  BERLAKU
    Faktor berlakunya penyalahgunaan dadah adalah tekanan daripada masalah yang dihadapi seperti masalah peribadi, keluarga dan kerja. Oleh hal yang demikian, apabila tekanan emosi berlaku secara  keterlaluan, seseorangn itu akan mengalami kemurungan sehingga tidak mampu berdepan dengan tekanan tersebut. Akhirnya, sebagai jalan penyelesaian mereka mengambil jalan mudah dengan menjadikan dadah sebagai teman setia yang membolehkan mereka melupakan tekanan yang dihadapi. Contohnya, kesibukkan ibu bapa  dengan kerja telah menyebabkan anak-anak terasa terasing dan jauh daripada ibu bapa. Oleh hal yang demikian, anak-anak akan melibatkan diri dalam penyalahgunaan dadah untuk mendapat perhatian daripada ibu bapa.

     Di samping itu, faktor berlaku penyalahgunaan dadah adalah kurangnya pengetahuan tentang dadah. Sebenarnya, remaja-remaja di negara kita tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang kesan negatif penggunaan dadah. Tanpa mereka sedari sebenarnya dadah boleh menyebabkan pemikiran seseorang itu tidak waras dan gagal untuk membuat keputusan yang rasional dan juga mungkin akan membawa  maut.

 
KESAN- KESAN PENAGIHAN DADAH
   Penyalahgunaan dadah akan menyebabkan beberapa kesan kepada penagih. Semasa mengambil dadah, penagih dadah akan mengalami kesan euforia serta mengalami halusinasi (rasa khayal), dari segi fisiologi penagih akan mengalami peningkatan sel darah putih dan paras gula dalam darah,kemusnahan otot-otot dan peningkatan suhu badan. Selain itu, sistem saraf pusat (saraf dan saraf tunjung) juga akan mengalami kerosakkan. Lama-kelamaan, kadar penafasan penagih dadah akan menjadi lebih pendek dan perlahan. Tubuh penagih juga akan mengigil akibat penurunan kadar metabolisme. Disamping itu, mata penagih juga akan menjadi kemerah-merahan serta kuyu dan berat badan penagih dadah turut akan mengalami penurunan secara mendadak.


CARA MENGATASI
    Ibu bapa harus menerangkan secara terperinci bahaya penyalahgunaan ubat-ubatan, kepentingan dan cara pengambilan yang betul.Selain itu, media massa juga harus memperbayakkan penyiaran berita-berita dan cerita-cerita yang lebih membawa keinsafan dan iktibar kepada masyarakat mengenai kesan-kesan dadah terhadap kehidupan seharian.Kerajaan melalui badan-badan dan sektor-sektor tertentu, harus bijak membenteras gejala dadah dengan mengadakan program-program yang dapat menarik minat para belia untuk mengisi masa terluang bagi mengelakkan mereka terjebak dengan masalah dadah. Misalnya, Program Rakan Muda yang diselengarakan oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Pandangan

    Dadah merupakan penyakit masa kini yang semakin menular khususnya dalam kalangan generasi muda. Generasi muda yang diharapkan mampu mewarisi kepimpinan negara semakin tidak menyedari tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka hanya disebabkan penyalahgunaan dadah. Telah banyak usaha yang dilakukan oleh kerajaan bagi menangani masalah ini namun masih tidak berhasil. Oleh itu, kerajaan harus mengembleng tenaga serta tindakan yang drastik harus dilakukan bagi membendung masalah ini dari terus membelenggu masyarakat.

Pengajaran
    Semua masyarakat perlu memainkan peranan dalam membasmi gejala dadah, tanpa mengharapkan pihak berwajib sahaja. Golongan belia pula diharapkan dapat berfikir sebelum melakukan sesuatu tindakan dan sentiasa berfikiran rasional agar tidak terjebak dengan dadah. Perangi dadah habis-habisan.


KESIMPULAN
   Kesimpulannya, dadah membawa banyak kesan buruk. Penyalahgunaan dadah yang berpunca daripada banyak faktor mengakibatkan banyak masalah sosial berlaku. Oleh itu, semua pihak hendaklah berganding bahu dan mengatur strategi untuk mengatasi masalah ini yang juga dianggap musuh utama Negara. Antaranya adalah pihak-pihak yang bertanggungjawab terutamanya pihak kerajaan hendaklah mengatur langkah untuk menangani masalah tersebut. Namun, ia tidak akan berjaya sekiranya kita sebagai rakyat tidak mahu bekerjasama untuk membanteras masalah ini. Ibu bapa perlu memainkan peranan membimbing anak-anak mereka supaya menjauhi dadah. Kita perlu insaf bahawa masalah dadah boleh membebankan keluarga dan negara. Akhirnya, kita haruslah terus memerangi dadah agar masyarakat kita tidak menjadi lemah.

2 comments: