Thursday 13 November 2014

kisah sedih

   Kisah ini berlaku 2 tahun lepas.Kisah yang meragut senyuman semua ahli keluargaku.Aku mulakan dengan kisah seorang insanistimewa di mata kami.Datuk aku,arwah Haji Juarah.Aku merupakan anak sulung mami dan abah,cucu sulung atu dan nenek,cicit sulung moyang.kiranya aku memang rapat dengan mereka,terutamanya datuk aku.Dialah tempat aku bermanja sejak aku kecil hingga dewasa.Aku masih ingat waktu aku merengek meminta sesuatu,dia pasti akan tunaikan,bila ada orang ingin menyakitiku,dia tempat aku meminta perlindungan,bila aku perlukan belaian,dia tempat aku bermanja.Tak kira masa dan tempat aku menjadi keutamaannya.
    
   Bila tiba musim raya,takbir pertama yang dilaungkan di surau di alunkan oleh datuk.Suaranya lunak dan membuatkan hati sayu bila mendengar takbir.Di pagi raya,solat sunat hari raya pertama dalam hidupku,berimamkan datuk ku.Tiap pagi,atuk akan kejutkan kami dan ingatkan kami untuk pergi ke surau.Bila selesai solat,tidak sah rasanya bila aku tak pergi dan mencium tangan datuk ku dan ku peluk.Tangannya harum.Pernah datuk jatuh sakit,dan doktor tak memberikan harapan untuk datuk hidup.Tetapi aku tidak berputus asa,setiap hari aku berdoa untuk datuk agar dia sempat sembut. Alhamdulillah,umur datuk ku panjang.Datuk ku dapat meneruskan hidupnya.Aku gembira kerana aku masih mampu mendengar suaranya,meliha senyumannya,memegang tangannya dan membau wangiannya.
   
   Penyesalanku bermula di sini,2 tahun sebelum kematian datukku,hubungan kami tidak serapat dulu.Berlaku konflik keluarga yang membuatkan aku menjauhkan diri darinya.Aku jarang berborak dengannya.Aku rindu padanya,tapi ku pendam.Hatiku meronta ingin berborak dengannya seperti dulu,bergelak ketawa dengannya.Tapi ada sesuatu yang menghalangku.2 minggu sebelum kematiannya,aku baru balik dari penang,temoat aku belajar.Aku terjumpa datuk di pekan.Aku pin pergi bertemunya dan mencium tangannya.Aku terlalu rindukan dia,akhirnya terlepas juga rindu,kataku dalam hati.Semenjak itu aku dah jarang berjumpa datuk.Aku tidak dapat bercakap dengannya pun.Datuk jarang ada di rumah.Banyak hal yang perlu dia uruskan di luar.

   Semiggu sebelum datu meninggal,dia mula sakit.Datuk dah mula lemah.Tak mampu buat kerja berat.Kebetulan aku pergi ke rumah datuk,ku lihat datuk sedang berbaring di ruang tamu.Nenek menyuruhku memanggil datuk makan.Datuk makn bertemankan nenek di dapur.Selasai makan,datuk pergi ke rumah makcik di sebelah rumah.Tak lama kemudian,datuk mengadu sakit dada.Aku takut,taku kehilangan datuk.Sehari sbelum datuk meninggal,aku ternampak datuk dari jauh.Masa tu aku baru menghabiskan projek di sekolah.Aku lihat datuk dari jauh,dia cuma tersenyum.

   Pada hari Sabtu,30 Mei 2009,jam 3.00 waktu tu kami beada di pasar subuh.Aku mendapat panggilan dari makcik,mengataka datuk sakit,pengsan,mulut datuk dah biru.Datuk dibawa segera ke hospital.Kami bergegas pergi ke hospital.Dalam perjalanan,aku berharap ada ambulans yang lalu,sekurang kurangnya aku tahu datuk masih hidup dan di bawa ke hosptal besar.Tapi malangnya,tiada.Setibanya aku di hospital,ku lihat makcik makcik aku menangis.Rupanya datuk telah meninggal kan kami buat selama lamanya.

   Waktu itu hanya Allah yang tahu perasaan aku.Aku kuatkan hati untuk masuk dan tengok datuk.Aku harapkan aku lihat datuk tersenyum melihat aku datang dan berkata "atuk tak apa apa,jangan risau atuk sihat".Tapi yang aku lihat hanyalah datuk aku yang telah terbujur kaku.Tiada senyuman,tiada kata kata yang keluar dari bibirnya.Kalau aku tahu,2 tahun lepas adalah tahun terakhir aku dapat bersamanya,akan aku hargai setiap saat yang Allah berikan untuk aku bersamanya.Akan ku cuba tunaikan semua impiannya.Kalau ku tahu sehari sebelum itu adalah hari terakhir aku melihatnya bernyawa,takkan aku biarkan waktu itu berlalu dengan kosaong.

  Ini kisah yang paling sedih dalam tempoh 20 tahun aku hidup.Untuk aku menulis cerita ini dan megimbau kembali kenangan ini.air mata ku ti berhenti mengalir membasahi pipiku.

No comments:

Post a Comment